Friday, October 29, 2010

Pemilik Bersama - Seminggu Azim Di Taska







Arini cukup seminggu Azim ke taska. Alhamdulillah, makin hari menunjukkan perkembangan yg baik. Perkembangan yg baik maksud aku ialah, drama sebabak dah makin berkurangan. Dah pandai tido sendiri dan dah mula berkawan.
Sekarang ni kalau petang aku g ambik pun dia dah tak menangis macam dulu lg. Pagi2 nak hantar kalau aku yg hantar masuk ke dalam taska, drama sebabak confirm berlaku. Tp kalau ayah yg hantar, dia cuma merengek2 kecik jer. Pastu dah pengasuh taska pegang dia dah ok.
Tadi masa aku g ambik balik, Ummi Atun cerita, taska tu ada sedikit nak buat sedikit renovation. Pastu, kontraktor datang tengok. Kebetulan kontraktor ada iras Mr. Hubby, menangis juga Azim suruh dukung. Sampaikan kontraktor tanya Ummi Atun, ayah dia macam saya ker? Dia dukung Azim pastu cakap, jangan nangis ayah tak balik lg. Hehehe..Azim nih..Rindu ayah sangatla tu.
Lega sangat aku tengok bila Azim makin menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di taska. Setiap hari masa ambik Azim, jika berkesempatan aku akan berbual2 sebentar dengan pengasuh kat taska tu. Dari situ aku dapat berkenalan lebih rapat dan tahu mengenai aktiviti Azim di sana.

Tuesday, October 26, 2010

Pemilik Bersama: 1st Day Azim At Taska







1st day Azim at Taska, so far ok. Pagi2 tu aku hantar dia g taska. Kebetulan semalam my best friend - Suzy ikut sekali. Goodboy betul duduk dalam car seat tu. Bernyanyi2 kecik. Gamaknyer dia ingat aku nak bawa dia g jenjalan la tu. Tesian anak ibu.
Mula2 masuk ok jer. Sebab banyak kawan2. Dan ada baby (bebe - azim punya sebutan). Mula2 dia syiok. Sekali bila tengok aku dah bangun. Bermulala drama sebabak. Terus pengasuh bawa masuk.
Dalam kul 11.45 pg aku ada call tanya ok ker? So far menurut Umi Atun, azim ok. Pg ter teyak. Pastu dah tak teyak lg. Lega hati dengar. Tak sabar nak balik ptg ambik Azim.
Petang pun aku balik dengan Suzy. Wahh..Azim dah comey..Dah tunggu aku dengan dia punya kawan2 baru. Inilah pertama kali dalam sejarah aku hantar anak ke pengasuh. Bila nak ambik Azim, semua barang dah sedia. Azim pun dah comey dan wangi. Yelah lain org lain la caranyer kan. So aku cuba elakkan perbandingan. Try to be fair. Nampak jer aku kat depan pintu, startla balik drama sebabak. Bila aku dah ambik okla.
Aku sempatla beramah mesra dengan pengasuh dalam 30 minit. Bagi aku, aku cuba wujudkan hubungan baik antara aku dan pengasuh. Sebelum ni pun aku dah cuba buat tp apa kan daya. Sebelum ni setiap bulan aku bayar duit upah, aku bagi sekali sedikit buah tangan untuk anak2 dia.
Dalam perbualan dengan kat situ so aku boleh tahula sedikit sebanyak cara diaorg kat sana dan pengalaman yg diaorg ada. Penyelia kat situ dah 7 thn bekerja kat situ. Dapatla tau sedikit sebanyak pasal taska tu dan pemiliknyer. Berdaftar dengan JKM dan ada penyedia makanan yang khas. Taska ni ada 3 biji rumah. 2 rumah dijadikan taska dan 1 lagi dijadikan tadika. Aktiviti diaorg setiap hari (bagi umur 2-3 thn), pagi bersihkan diri bg yg belum mandi, makan, pastu ada aktiviti kat luar (playground), pastu tgk tv, bersihkan diri, makan, minum susu & tido, petang bangun aktiviti dalam bilik bacaan, bersihkan diri, makan dan tunggu parent datang jemput.
Semlm Umi atun cakap Azim tak banyak makan, minum susu jer yang banyak. Azim sebenarnya dia makan tak banyak sangat. So aku cakap la, kalau dia kurang makan, minum susu tak per. Bawa balik pun Azim enjoy jer. Nampak happy. Alhamdulillah.
Walaupun menurut Umi Atun, Azim tido kejap jer. Tp balik rumah aktif juga sampai pukul 10 baru nak tido. Aku sentiasa berdoa semoga Azim enjoy di sini di samping pengasuh dan kawan2 yg baik.
Untuk hari kedua, cabaran pasti lebih hebat, hehehe..Mesti Azim dah sedar yang aku akan tinggalkan dia kat sini. Macam sebelum ni pun hantar rmh pengasuh, aku terpaksa berkejar keluar. Dia nampak aku keluar jer pasti menangis drama sebabak.
Maaf aku tak sempat nak ambik gambar berkaitan Azim dan taska. Masih dalam fasa penyesuaian. Nanti dah lebih ok, aku akan uploadkan gambar.

Monday, October 25, 2010

Pemilik Bersama: Azim Ke Taska






Permohonan aku untuk resign di tolak. Ermm..Bos aku minta masa dan kalau boleh jangan resign. Macam mana nih..
Percubaan kami ialah hantar azim ke taska. Aku agak confident sebab ada officemate aku hanta anak kesana.
Hari ini hari pertama Azim ke taska. Sehingga aku hantar semuanya mcm ok.
Nanti aku akan citerkan secara detail kt korang yer pasal ni.
Tolong doakan, pilihan menghantar Azim ke taska ini adalah yg terbaik. Dan semoga taska ini dapat menjaga Azim dengan baik. Dpt menjaga sambil membimbing Azim.

Thursday, October 21, 2010

Pemilik Bersama: Aku Dalam Kekalutan

Minggu yg kalut. Kalut sebab babysitter Azim buat hal. Dah 2 minggu aku lewat ke tempat keja disebabkan babysitter tak dak kat rumah. Lambat balik sebab g kedai beli ikan. Alasan ikan lambat. Pastu di bagi pilihan kt aku plak. Suh bg kasut & stroller kt dia. Ermm..Aku kenal babysitter aku tu. Dia nak bawa Azim g meronda dan lepak la tu. Dia bg kata dua kat aku. Dalam erti kata lain kalau tak der kasut & stroller tu aku kena antar Azim lewat. Aku hantar pun dlm pukul 7.50 @ 7.55pg. Kul 8 aku boleh maaf lg. Tp jenuh juga aku merempit ke tempat keja. Waktu ni utk pengetahuan korang dah dibincangkan bersama.
Babysitter ni mmg suka bg arahan utk aku. Dia pernah tinggalkan Azim kt kawan dia sebab nak g kedai. Apa perasan korang. Anak korang kena tinggal dgn org tak kenal? Dari mula2 nak hantar aku cakap Azim saya tak nak ajar berjalan sana sini. Standard la mula2 nak hantar semua boleh. Lgpun kt tmpt aku ni dah pernah terjadi kes kehilangan kanak2. Nauzubillah.
Skrg aku dgn Mr. Hubby, dah buat keputusan. Aku akan cuba apply cuti tanpa gaji atau aku terpaksa berhenti. Yelah nak hantar pada org lain/nursery pun kena ambik masa Azim sesuaikan.
Entahla, kdg2 fikir buat baik dgn org pun susah. Org ambik kesempatan. Setiap pg aku sediakan sebotol susu yg siap dibancuh, air panas, air putih masa, makanan utk Azim disamping diapers, toilleteries dan susu. Setiap ptg jemput Azim, kami jugala yg kena kutip semua brg2 tu.
Skrg aku dalam fasa utk transform. Mcm aku tak percaya. Pilihan aku utk jd fulltime housewife. Ramai juga yg mcm tak confident dengan pilihan aku ni. Tapi rasa serik nak hantar kt org lain. Selepas mcm2 babysitter ni dah buat (takyah la citer kat sini. nanti jd telenovela plak).
Aku terfikir, sambil aku menjaga Azim sendiri. Mampukah aku jadi blogger yang berjaya? Korang semua doakan aku dengan pilihan ini yer..

Monday, October 18, 2010

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Tiba Di Mekah

Musim haji telah bermula. Ramai yang ternanti2 peluang mengerjakan ibadat haji ini. Ibadat haji wajib bagi org yang berkemampuan (perbelanjaan ke atas dirinya dan tanggungan). Kalau berpeluang ingin juga aku dan mr. hubby ke sana untuk ibadat haji. Doa kami agar dapat menunaikan haji dalam umur yang muda dan dalam keadaan sihat.


kaabah, Pilgrimage
ehsan Pakcik Google







MEKAH - Rombongan pertama lebih 1,100 jemaah haji Malaysia selamat tiba di tanah suci Mekah awal pagi ini selepas menempuh perjalanan sejauh 400 kilometer yang mengambil masa tujuh jam.

Mereka berlepas dari Bir Ali (tempat berniat) di pinggir bandar Madinah kira-kira pukul 6.30 petang waktu tempatan (11.30 malam waktu Malaysia) dan tiba di hotel Janadriyah, kira-kira 800 meter dari Masjidil Haram.

Ketibaan mereka pukul 1.30 pagi waktu tempatan (6.30 pagi waktu Malaysia) disambut Ketua Rombongan Haji Malaysia Musim 1431 Hijrah, Mohd. Salleh Abdul Mubin, Konsul Haji Malaysia di Jeddah, Mohd Khalid Mohd Nordin, Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan) Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan petugas Tabung Haji di Mekah dan wakil mutawif Muassasah.

Jemaah diberi minum air zam-zam dan kemudian ditempatkan di tingkat enam hotel Janadriyah yang menempatkan ibu pejabat dan pusat operasi Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah.

Selepas subuh kesemua jemaah dibawa menunaikan tawaf dan saie umrah oleh mutawif rasmi Muassasah.

Mohd. Salleh berkata, TH menyediakan guru agama dan program untuk membimbing bagi memantapkan lagi persediaan jemaah haji di Mekah menjelang hari wukuf 14 November ini.

Ini kali pertama TH membawa masuk serentak jemaah tiga penerbangan iaitu KT1, KT2 dan KT3 kerana sebelum ini tidak lebih dua KT dibawa masuk, katanya kepada pasukan media TH yang membuat liputan musim haji ini. - Bernama (sumber utusan malaysia)

Saturday, October 16, 2010

Pemilik Bersama: Weekend @ KLCC

>Semlm tanya Mr.Hubby apa plan hujung minggu kita. Jom jalan2..Tp kt mana? Errmm..Mana yer. Persoalan tak terjawab sampai la aku tertido. Tak dak idea? Bukan sebab aku terlalu penat. Minggu yg memenatkan buat aku - tugasan yg padat di pejabat.Pagi bangun2 jer terus cakap dgn Mr. Hubby, jom kita g KLCC nak ronda2 sana, makan2. Mr. Hubby kerutkan kening. Ermm..kalau mcm tu plan aku gagal. Sekali dia cakap ok..tp kita g awal skit. Yeayyy..Azim let's go.
Korang jangan gelak kat aku yer, nak bgtau rahsia ni..pukul 10 kami dah sampai kt KLCC. So dengan senang lenang la kami lepak kat signature - level 2. Pusing punya pusing, dalam banyak2 pilihan menu (local & antarabangsa) kami pilih roti canai & kopi O plus breakfast Mc Donald. Happy tengok my little hero Azim enjoy.

klcc,sarapan roticanai

Lepas breakfast kami ronda2 dalam KLCC tu. Azim excited. Kejap berjalan sendiri kejap dukung. Saja jer tak bawa stroller. Bernyanyi2 kecil my little hero tu. Seronok sungguh. Sana sini dia tegur org yang lalu. Dan ramai juga yang tegur azim. Bahaya betui budak ni, suka tarik perhatian orang.
Jalan sana jalan sini kami masuk I-setan. Belek sana belek sini, last2 my little hero jugak yg dapat hadiah. Kitaorg belikan dia laptop for baby (hebatnyer baby zaman sekarang ada laptop) dengan mini laser safety clip-on fan (yang lama azim dah putuskan dia punya blades).
Then dah penat meronda, perut ada lapar. So decide untuk lunch kat Manhattan Fish Market. Kitaorang pilih manhattan seafood platter for two (ada filet ikan, calamari, oyster, chip and garlic rice)dan perfect catch (drinks and mushroom soup). Kata for two sekali datang macam for four jer. Betul tekaan kami separuh lg memang tak habis makan, tapau la apa lagi. Tapi yang menariknya manhattan seafood platter ni udang dia, restaurant crew akan bakar depan customer. Menarik betui..Memandangkan sekarang tema pirates, all dia punya waiter and waiteress berpakaian macam pirates. Azim leka dengan mainan baru dia.

Manhattan Fish Market, lunch

kereta mainan


Hampir 4 jam juga kami dalam KLCC tu. Mula2 nak pegi aquaria dan petrosains tp ramai sangat orang. So rancangan di tunda untuk satu masa yang akan di maklumkan kelak. Naik keta saja Azim dah tertido keletihan.
Ok..selamat berhujung minggu semua.

Friday, October 15, 2010

Wednesday, October 13, 2010

Pemilik Bersama: Kami Suka Nyanyi

Aku memang suka nyanyi..Tp takla sampai tahap berkaraoke..Kata org tua2 nyanyi dalam bilik air..Org tua2 pantang anak dara nyanyi kt dapur, takut dapat suami tua. Sib baik Mr. Hubby ku org muda..ahakkk..sebayala. Sesuaila dgn umur aku ni. Bagi aku bernyanyi tu dapat release tension. Aku enjoy. Tp aku tak pasti plak suara aku sedap ker tak. Yang pasti hatiku terhibur. Kalau naik keta sambil layan lagu. Layan jer nyanyi sekali tak le stress menempun kesesakan jalan raya tu.
Kini aku ada tabiat baru, aku suka bernyanyi dengan my little hero. Apa yg aku nak cerita kat dia aku sampaikan dalam bentuk nyanyian. Kira compose lagu sendiri la ni a.k.a syiok sendiri. Tak kisah la apa org nak kata yg penting aku dan my little hero enjoyyy..Dan yg pasti Mr. Hubby pun dah terpengaruh dengan tabiat ku.
Azim pun dah pandai nyanyi2 kecil. Dalam bahasa dia la.









Aku ada baca dalam positive parenting. Dia kata nyanyian adalah salah satu ransangan terbaik untuk bayi dan kanak2. Aku ajar dia nyanyi bukan nak suh dia jadi penyanyi pun. Hehehe saja suka2, just for fun. Satu lagi aku perasan bila time azan, sure my little hero akan follow, tp dalam bahasa dia juga la. Tapi at least bahasa dia ada lenggok azan.
Now, Azim dah pandai tengok TV yang dia suka barney, upin dan ipin ngan my friend tiger and pooh. Mungkin sebab ada banyak nyanyian. Enjoy sangat bila tgk dia pun sama2 bergoyang dan menyanyi (sekali lg aku maklumkan - nyanyian dalam bahasa dia).

Monday, October 11, 2010

Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) 2011

Semalam terima SMS dari kak syima bgtau pasal permohonan untuk KPLI. Hehehe..setiap kali keluar permohonan untuk KPLI sure aku mencuba nasib. Ermm..masih belum putus asa untuk mencuba. Ini dah kali yg ke-8 aku cuba. Harap-harap kali ni berjaya la.
Kepada kawan2 yang ingin sama mencuba saya ucapkan selamat berjaya. Doakan saya juga yer.

Untuk maklumat sila check di sini -
.::Aplikasi Permohonan Dalam Talian KPLI & KPLI j-QAF::.

Pemilik Bersama: Rindu....Kembali

Hi kawan2..Lama rasanya aku tak aktif berblogging. Korang masih ingat aku tak lagi? Hehehehe...
Maaf juga pada korang semua yer. Dah lama blog aku ni sunyi. Terima kasih pada kawan2 yang masih datang melawat blog aku. Sebulan dua ni banyak betul perkara yang perlu dibuat sehingga kurang masa untuk berblog. Kami masih juga berblogwalking jika ada kesempatan cuma masa yang terhad menyebabkan tak sempat nak buat entry baru.
Dah rindu rasanya pada pada blog dan kawan2. Semoga aku akan terus kembali aktif. Itu azamku. Hehehehe..(Macam dirancang plak kembali aktif pada tarikh 10.10.10, kebetulan saja sebenarnya).
Aku menyepi bukan sebab dan bosan atau jemu cuma ada perkara penting yg membataskan masa. Mungkin ada kawan-kawan yang perasan ada entry yang aku buat pasal our little hero - Azim, yang kena bronkitis. Sejak tu jadual kami menjadi lebih ketat di tambah dengan jadual keja. Nanti ada masa aku akan masukkan entry pasal bronkitis. Alhamdulillah kini Azim dah sihat. Lega sangat. Happy dan bahagia tgk dia sihat.
Masalah keja perkara biasala, selagi bernama pekerja mestila banyak keja yang perlu dibuat. Kerja..kerja..kerja..dateline..dateline..dateline..
Tp aku sentiasa kuatkan hati aku, dalam sibuk pada kerjaya aku tak akan sampai terabaikan keluarga. Ada satu permintaan dari "atasan" - must stayback!. Yang itu aku mcm tak berapa puas hati. Stayback bukan penyelesaian kpd semua masalah. Aku malas nak komen pasal statment nih. So pada yg terlibat ada akal & hati, fikir2kan lah dan renung2kanlan..